Thursday, October 9, 2008

Aidil Mubarak

Salam sume..
Dah lama tak coret sesuatu kat dalam blog ni, lagipun tak de pengunjung pun. nak sedapkan hati tulis gak lah sikit-sikit apa yang termampu.

Alhamdulillah sekarang berada dibulan Syawal yang mulia ini, kita masih diberi nikmat untuk menikmati kemuliaan dalam bulan Syawal ni. Tahun ni semua my siblings berkumpul kat umah, tahun depan xtau lagi coz my sis dah nak kawin hujung bulan depan. (Bertambah besar keluarga ku nanti). Alhamdulillah, tu semua nikmat Allah.

Actually, tadi baru balik dari kuliah Ust Khadafi bincang pasal kitab Permata yang digilap untuk Hati yang gelap. Baru habis muqaddimah kitab tu. Ambil masa dalam tiga minggu (coz seminggu sekali je jumpe). Apa yang dapat ana kutip sedikit (datang lewat tu pasal dapat cikit je) dalam kuliah tu adalah kita boleh bertawasul*bermohon pada Allah guna perantaraan* dengan nabi, keluarga nabi, sahabat nabi dan amal soleh kita. Hukumnya harus. Sebagai contoh kita berdoa " YaAllah ya Tuhanku, dengan kebesaran nabi Mu, turunkanlah hujan di kawasan ini". Tapi tidak boleh atau haram bertawasul atas nama kubur2 tertentu atau kubur yang dikatakan sebagai keramat.

Kita juga boleh bertawasul dengan orang2 soleh dengan syarat orang tersebut hidup. Misalnya, kita pergi kat orang soleh tu dan minta dia doakan kita supaya lulus exam memandu or sebagainya. Macam orang sekarang buat tu. Rupanya ayahku juga termasuk juga. Ramai juga la yang minta air dari ayah ku.

Mudah2an apa yang disampaikan dapat difahami.

After habis dengar kuliah, kami g serbu jamuan aidilfitri kat fkbm (ust dah jemput g la kan, xkan nak tolak rezeki pula, hehe). Alhamdulillah save makan tgh hari.

Ni dah lari tajuk ni, tapi x pe. yang penting dalam bulan syawal ni, kita ambil peluang yang ada iaitu puasa enam hari dalam bulan syawal kerana ganjarannya seumpama berpuasa selama setahun. Cuba bayang kan 6 hari seumpama setahun kita puasa, masyaallah besarnya nikmat Allah kan? Sama2lah kita rebut peluang tersebut.

Selamat Hari Raya maaf zahir batin kat sapa2 yang baca blog ni

No comments: