Monday, September 15, 2008

Buka Posa

Sepanjang bulan ramadhan ni, dah banyak kali juga buka kat luar dengan sahabat2. Seronok dapat buka dengan dengan sahabat. Bukan sahaja buka kat luar, kat dalam lagi best, sokmo buka kat masjid. Dpt bantu hidang makan untuk orang berbuka. Banyak pahala tau. Tulah Berkat bulan Ramadhan. Yang jauh didekatkan, yang dekat dimesrakan. Betul tak?
Dalam sibuk membantu hidang makanan, teringat pulak romate, depa makan tiga orang ja, sian pulak, tp nak wat camna, depa ni x teringin nak g masjid. Dah ajak dah pun tp katanya hayi ni x terbuka lagi nak g masjid. Takut nanti x ikhlas..Hehe lucu plak. Tp xpe, benda ni kita kena ajak selalu, baru depa rasa macam kena paksa.. hehe.

Kalu nak citer pasal buka posa ni, mestilah bermula dari sebelum nak berbuka tu kan? Alkisahnya, kalu dah pergi bazar ramadhan 2 macam-macam nak dibeli. Semua nampak sedap, yelah perut tgh lapar (Ni mesti puasa tahan lapar dan dahaga je!). Bukan lapar tp kosong, hehe. Jd biasakanlah untuk ambil cikit je makanan waktu berbuka nanti, br tak teringin nak makan itu ini. So kalu rasa tak perlu p bazar ramadhan tu better tak payah p la. Senang. Boleh jimat duit.

Waktu menunggu azan paling seronok. Sbb apa? Sbb masa tu boleh mohon banyak2 pada Allah, insyallah Allah akan makbulkan coz masa tu waktu paling mustajab berdoa. So jangan lepaskan peluang ini. Selepas itu, makanlah dengan tertib. Mudah2an cepat hadam apa yang kita makan itu. habis makan cepat2 bersiap untuk solat berjemaah maghrib. lepas tu Tadarus Quran. Solat tarawikh jangan ditinggalkan walaupun solat sunat sahaja sebab banyak ganjarannya. Alhamdulillah tak miss lagi solat sunat tarawikh. Sekarang ni dah malam ke 17, dah start baca doa qunut pada solat sunat witir yang terakhir. Jd nya istiqamahlah dalam solat sunat tarawikh ni sebab solat ni hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja.

k. Selamat berbuka semua

Exam Regulasi

Insyaallah, exam midsem 4 subjek regulasi kewangan dan perbankan Islam akan dijalankan pada 19.9.2008 bertempat di bk8 pukul 3ptg. Msk topic 1-3 dan Bafia. Kpd sahabat2 sume, doakan ana ye dapat jawab soalan2 tu..
Pd hari yang sama gak, pd jam 8.30 pg ana exam final for Business Report Writing..
Mudah2an berkat bulan Ramadhan ni, diriku beroleh ketenangan semasa menjawab exam nanti. Ameen....

Tuesday, September 9, 2008

Urus Wang Anda: Berbelanja ikut kemampuan

Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my

Kekang keinginan membeli sesuatu barang jika tidak mampu

DALAM tempoh separuh pertama tahun ini saja, bilangan individu yang datang mendapatkan nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kerana masalah hutang keliling pinggang dan pelbagai masalah kewangan lain mencecah 57,000 orang.

Ini satu angka yang sangat membimbangkan.

Ketua Eksekutif AKPK, Mohamed Akwal Sultan, berkata kegagalan pembayaran pinjaman bank secara bulanan yang menyebabkan hutang semakin menimbun menjadi antara sebab utama mengapa individu berkenaan tiada pilihan lain selain bertemu AKPK bagi mendapatkan nasihat cara menstruktur semula hutang mereka dengan bank.

Sesetengah individu berkenaan gagal menjelaskan hutang secara teratur disebabkan tidak mempunyai perancangan kewangan yang menyebabkan perbelanjaan setiap bulan melebihi pendapatan.

Mengikut perancang kewangan, jika perbelanjaan bulanan seseorang itu melebihi daripada pendapatan bersih yang diterima setiap bulan, dia dianggap hidup dalam keadaan berhutang,

Jika tidak mahu berada dalam keadaan itu, perancang kewangan mengesyorkan supaya berbelanja mengikut kemampuan atau berdasarkan jumlah wang yang ada.

Pada masa sama, anda juga perlu mengenepikan sejumlah wang sebagai simpanan bagi mencapai matlamat kewangan seperti membeli kereta atau rumah.

Secara teori ia nampak mudah, tetapi mengapa masih ramai yang tidak mengikut amalan itu sehingga seseorang itu begitu mudah terlebih belanja.

Ini disebabkan kita mudah terpengaruh dengan pelbagai produk yang diiklan di merata-rata tempat.

Keinginan yang membuak-buak untuk memiliki sesuatu produk itu menyebabkan seseorang itu membeli sesuatu barangan tanpa menyedari bahawa pada hakikatnya dia tidak sepatutnya membelinya kerana kurang berkemampuan.

Dalam keadaan ini, anda seharusnya bersabar dan menguatkan semangat untuk menolak keinginan itu.

Untuk mengelak daripada terjebak dalam kancah berbelanja lebih daripada kemampuan, anda perlu memahami apakah perkara yang mempengaruhi perbelanjaan anda.

Pengguna mesti tahu membezakan apakah yang dia ‘perlu’ dan apakah yang dia ‘mahu’.

Keperluan bermaksud sesuatu yang anda perlu ada, yang mana anda tidak boleh hidup tanpanya. Salah satu contoh keperluan adalah makanan. Anda perlu makan untuk terus hidup.

Kemahuan pula bermaksud sesuatu yang anda ingin miliki, dan ia tidak semestinya sesuatu yang anda perlu. Contohnya adalah barang kemas.

Jika mengambil kira kehidupan hari ini, telefon bimbit yang mempunyai spesifikasi asas adalah sesuatu yang perlu dimiliki bagi tujuan berkomunikasi dengan orang lain.

Bagaimanapun, telefon bimbit yang didatangkan dengan ciri-ciri seperti Bluetooth, kamera dan video atau GPS hanyalah seronok untuk dimiliki.

Memahami perbezaan antara keperluan dan kemahuan akan memberi impak besar ke atas corak perbelanjaan anda dan seterusnya ke atas tahap kewangan anda di masa depan.

Keputusan yang dibuat ke atas apa yang anda perlu dan apakah yang anda mahu juga akan memberi kesan positif ke atas bajet dan perbelanjaan bulanan.

Selain itu berbelanja secara bijak juga akan dapat membantu.

Selepas ini jika anda mahu membeli sesuatu, tanyakan diri anda, adakah saya mahukan barangan itu? Adakah wang saya mampu membelinya?

Bajet peribadi dan jumlah tunai dimiliki akan membantu anda menjawab soalan berkenaan.

Periksa juga sama ada anda telah memperuntukkan wang sejak dari awal lagi untuk membeli barangan berkenaan dan adakah anda terlebih belanja dalam bulan berkenaan.

Jika ia satu kemahuan, pertimbangkan supaya tidak membelinya.

Jika anda berbuat demikian, anda sebenarnya telah berbelanja secara bijak dan berbelanja mengikut kemampuan seperti kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'.