Friday, August 29, 2008

Salam Ramadhan

Alhamdulillah... setelah setahun berlalu.... kini bertemu kembali dengan bulan penuh keberkatan ini.. Bulan mega sale yang menjanjikan tawaran pahala yang berlipat kali ganda kepada siapa saja yang berbuat baik.
Bonus pahala yang tidak terkira banyaknya.. Bukan senang nak dapat. belum tentu tahun depan kita berpeluang untuk menerima bonus ini..

Nasihat untuk diri...
-Banyakkan amalan sunat..sedekah, bantu kawan, lec(sementara ada kat bumi sintok ni) dan banyak lagi.. buat amalan sunat sunat ni ganjarannya sama dengan buat amalan wajib.. Tapi kalau amalan fardu ni 70 kaliganda banyaknya... tapi kena buat yang terbaiklah...bukan halai balai je..
-Tarawikh jangan tinggalkan..(kecuali uzur syar'ielah). Alhamdulillah.. sem ni kelas malam diganti pada siang hari(kelas encik yazid la).. terima kasih encik kerana memahami diriku..hehe..
Insyaallah.. akan ku bawa romate2 ku ke masjid solat jemaah bersama..
-Study jangan lupa plak.. dah akhir sem ni kena pulun habis2 (chaiyok!)
-Buka puasa dengan sahabat, rumah mak angkat.
-Solat sunat... tahajjud, hajat, dhuha, istikharah, taubat, witir.
-Berakhlak yang mulia...diriku ini kan tidak sempurna.. tunjukkan akhlak yang baik ye nadzirah..

Ya Allah, Kuharapkan ramadhan kali ini lebih bererti bagi diriku, jauhkan aku dari segala hawa nafsu yang menggoda di bulan mulia ini...

Wednesday, August 27, 2008

Regulasi Kewangan dan Perbankan Islam

Merupakan salah satu subjek yang ku ambil sem ni. Madah pilihan. Lec yang ajar madah ni En. Mohamad Yazid B. Isa. Apa yang telah ku pelajari dalam subjek ni sekarang ttg asas perbankan islam. Sumber2 rujukan utama iaitu alquran, sunnah, ijma', qias. Banyak lagi sumber2 tambahan sebagai rujukan kepada perbankan islam ni.
Untuk presentation nanti, kena present tentang takaful act, Bafia dan islamic Banking act. Tunggulah nanti ye.. Video kita present nanti..